Friday, December 19, 2014

NAK PILIH KASUT SUKAN~

Assalam..
Selepas melahirkan baby ke dua ni, badan ada sidikit naik dan perut buncit.haha.realiti yang tidak mahu diakui.tapi memang buncit pun ada sesekali try la bersenam kt rumah..lebih kepada tak sempat..banyak betul alasan kan T_T…
Kt Ofis ni ada kelas Zumba detiap Rabu.macam best je menari nari sambil keluar peluh.Nak bersukan harus la ada sepatu yang selesa..tak gitu??? Nak pulak perempuan ni kan..nak yang style2..nak yang cantik2..hehe..bila da ada keinginan nak bersenam, mula la timbul masalah nak cari kasut kan..nak pilih brand la..nak pilih yang  fungsinya bagus la..nak pilih yang selesa la..jenuh menggoogle cari forum dan pendapat kt web.. ok, kali ni kita cerita tentang brand NIKE pulak…

NIKE

Tak perlu susah payah cerita pun memang tau branded item ni kan..jenama setanding kualiti… cantik gojes serta menawan.dan harga pun masih ditahap berpatutan..

So ini ada tips nak beli ORGINAL NIKE SHOES>>>>>

Tips Membeli Nike Shoes
Nike bukanlah suatu nama yang asing bagi para penggemar sukan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan kualiti dan fleksbiliti, Nike pastinya merupakan jenama yang ideal. Selain menawarkan koleksi pakaian sukan, Nike turut dikenali dengan barisan koleksi Nike shoes yang juga mempunyai pengikut tegar sejak dahulu lagi. Menyentuh mengenai koleksi Nike shoes for men, di sini kita akan berkongsi sedikit tips bagi mereka yang baru ingin memiliki sepasang Nike shoes. Untuk pengetahuan semua, Nike shoes price Malaysia bermula daripada RM 150 ke atas.
1.      Pengedar yang SAH

Pertama sekali, jika anda ingin memiliki sepasang kasut sukan Nike, anda disarankan untuk membuat pembelian daripada pengedar-pengedar yang sah.  Buat pembelian anda di Nike boutique atau anda juga boleh memiliki sepasang Nike shoes online di ZALORA Malaysia.


2.      Original

Ini kerana, pengedar-pengedar sah tersebut dijamin hanya menawarkan anda koleksi kasut Nike yang original. Jadi, belilah yang original!


3.      Pilih Model Kasut

Seterusnya, pilih model kasut yang anda inginkan. Ini kerana, Nike menawarkan pelbagai model kasut sukan dan kasut kasual yang berkualiti.


4.      Fungsi Kasut
Sebelum itu, harus diingatkan bahawa, anda haruslah memilih model kasut yang bersesuaian dengan tujuan anda memakai kasut tersebut. Sebagai contoh, anda haruslah memakai sepasang Nike running shoes untuk aktiviti larian dan Nike training shoes pula untuk aktiviti di gym.
            
5.      Saiz yang Tepat

Selepas memilih model dan memadankan dengan aktiviti yang ingin anda lakukan, tips yang terakhir adalah dengan memilih saiz yang tepat. Penting untuk anda memakai kasut dengan saiz yang tepat agar anda dapat menjalani sebarang aktiviti dengan lancar.



Wednesday, October 29, 2014

Raya Aidiladha 2014 :raya bersama baby Elisa

assalam...

hari ni 29/10/2014...harijadi ayah sy ke 58..adik Elisa da 61 hari..membesar dengan sihat..

raya haji lepas kami beraya di kampung.,masih mood bercuti pantang.dan time raya aritu masih dalam pantang.day 39 kalau tak salah..

raya  haji tahun ni kami tema biru gelap.biasa la baby kecik pakai apa yang ada je,hehe.pakai baju akak sofia yang lama dlu,kebetulan sama tema..

sepanjang hari ujan je masa raya haji yang lepas.tak berjalan mana sangat.pergi rumah jiran jiran je,awalpg masa solat hari raya je kurang hujan,.lepas lepas tu lebat dah..

menu raya haji kali ni, ketupat palas, nasi minyak rendang daging, dan kuih muih macam biasa.tapi kuih sikit ke.additional kerepek pisang sedap..sedap sebab saya ngn ayah yang pulun buat.hahha.setandan pisang nangka kami buat.hehe

ini antara gambar yang sempat kami amek..wajib amek untuk kenang kenangan,,




























baju kurung saya dan my sis tu kami beli di  LAVENDOUR BOUTIQUE .. shawl daisy dan wide shawl brown tu pun beli dari butik yang sama,

tudung 3 layer tu dari FAREEDA NYATA JELITA.my first FNJ sebenarnya,nak cuba cuba..leh tahan seronok pakai.sebab cepat..nampak ibu ibu sikit la..

kalau pakai shawl nampak remaja sikit,haha..

next entry saya nak update pasal LAVENDOURBOUTIQUE YA.. awesome!!
seronok sangat shopping kt situ.semua ada..sekarang ni Lavendour Boutique da ada cafe dalam tu tau..macam macam la..next entry saya cerita detail ok..boleh la korang g lepak sana nanti


Sunday, October 26, 2014

Pengalaman bersalin kali ke 2. Nur Eryna Elisa

Assalam

lama nya tak update..haritu dah draft separuh.sebulan yang lepas,.tapi tak sempat habis, so sekarang adik Elisa dah nak masuk 2 bulan baru berkesempatan menulis balik cerita kisah bersalin Eryna Elisa.



kisah kelahiran Nur Eryna Elisa bt Syahnon

27/8/2014 Rabu
genap 41 minggu yakni sudah lewat 7 hari selepas duedate. doktor kasi tempoh 7 hari lepas due date sebelum proceed untuk induce atau perlu tunggu lagi.so kes lambat, kena refer Hospital Sultanah Bahiyah  Alor Setar,, H.Kuala nerang hanya terima kes normal tanpa sebarang masalah sahaja.overdue dikira bermasalah ye..pity me T_T.

Pukul 9 pagi, kami sampai dan terus pergi unit Bersalin.tapi penuh..untuk diinduce harus ada stay kt wad .oleh sebab wad penuh doktor advice balik dulu since tak sakit apa apa..doktor bukakkan laluan jadi 2cm. dan doktor mintak datang balik lepas asar kira kira 6pm

Balik dari hospital, kitorang pergi shopping dekat Giant,Alor Setar.konon nak kasi  bukaan lebih cepat..memang da rasa sakit dan rasa darah keluar.tp sungguh sungguh jugak pusing mall supaya cepat..

Pukul 6.30petang kami pergi sekali lagi hospital.taksakit sangat pun..haish..haha..masuk jumpa doktor nak cek bukaan lagi sama ada perlu induce ke tak..tak sakit mana pun..bila doktor cek dan ada 3cm bukaan .dia cakap tak perlu diinduce.stay wad dan tunggu sakit bersalin secara normal.

biasa la wad hospital kerajaan sentiasa penuh, so nurse advice suruh g makan makan dulu..
lebih kurang pukul 9.30mlm baru masuk wad. sakit mild mild je..masa ni hubby stay je kt hospital.mak saya da balik dah..plan da tak mo tdo sebab kalau tdo nantisakit ilang.so dalam wad tu berjalan dan buat squad je.ulang alik toilet.orang tido, saya berjalan aje supaya cepat..nurse cakap kalau rasa sakit bagitau..

28/8/2014
pukul 2.30pg belum tdor lagi..sakit da mula rasa..doktor cek da 4cm.so dia kata boleh masuk da labour room,tunggu bilik bersalin kosong, dalam 4,30pg baru masuk labor..masa ni 5cm je..bukaan memang lambat..sangat lambat..huhu..doktor pecahkan ketuban masa 5cm. dan dia cakap lagi 4 jam dia datang cek..aish..lama betul la..time masuk labor room ni mcm biasa perut dan diletakkan alat utk baca CTG tu.

within 4 jm tu doktor tak datang cek pun,nurse cakap kalau tak tahan nanti dia masukkan ubat.saya cakap leh tahan lagi..contraction datang makin kerap..dalam 6 pg nurse datang masukkan ubat jugak.saya mamai dan tertdo jap.dengar azan subuh,masih lagi belum beranak.haha.tanya nurse, suami saya leh masuk tak..dia kata nanti dia panggil tunggu lepas waktu subuh la..

suami masuk 7.30pg..waktu ni dah kerap sangat da sakit.tapi belum nak beranak lagi.ntah berapa bukaan tak pasti..sejam suami dalam bilik bersalin tu, dia da pandai baca graft contraction.haha..doktor masuk cek 8.30 pg.betul betul 4 jam lepas induce,.dia cek, bukaan baru 6cm!!!

hoish..lama betul.4 jam berbaring kt katil hanya 1 cm je bukak,,doktor cakap pukul 12tghari nanti beranak la ye..haha.lamasungguh la rasanya..doktor keluar bilik je saya rasa sakit makin kuat.bila suami dengar pukul 12tghari baru nk bersalin dia request nk kuar jap utk breakfast,tp saya cakap sakit macam da makin kuat.

lepas tu terus suami cek bacaan ctg.makin tinggi dan tak drop lg.sakit dan sakit.terus dia paggil nurse.nurse cakap ok, mari nak tengok..bila dia cek,dia cakap dah boleh push ni..ok push!!1

pukul 9pg selepas 2 kali push baby pun keluar...haha.

cuma yang bagusnya kali ni, teknik meneran dan tenaga masih banyak.meneran betul tanpa ada koyakan..nurse cakap pandai awak meneran,hehe.bangga kejap.so tak perlu jahit..

sekarang ni procedure kt hospital, lepas je baby da ngis, dorang cuci sikit2, dan terus kasi baby kt mak.nurse tiarapkan baby kt dada ibu.so boleh terus kasi susu badan.baby memang lahiriah lgi dah pandai isap susu.dorang biarkan sejam..lepas tu dorang cuci baby dan letak dalam bilik baby.masa baby atas dada tu, nurse keluarkan uri dan bla bla bla.tak rasa sakit ape ape dah sebab baby da ada kt dada kan..hehe..

dalam pukul 12ghari baru saya ditolakkan ke wad. sempat tdor la dalam bilik bersalin tu.masuk je ke wad terus makan..lapar sangat..mak n huby datang..rest2..doktor cek semua takde msalah..baby pun takde masalah..dalam pukul 7pm kami da discharge..

next time saya menulis lagi.rasanya mcam ayat da tunggang langgang da ni.next time baru kita tulis lagi...



Wednesday, September 24, 2014

FISSTICKER:STICKER MURAH DAN KALIS AIR: tempahan sticker kembali dibuka




saya ada menerima tempahan sticker yang kalis air..ini bukan kertas ye,.dia macam plastik. so memang kalis air. printing black n white je.dan printing nya jugak kalis air :)

sebelum kita tunjuk hasil sticker yang kosong, meh kita tengok  sticker kartun yang comel comel..sesuai untuk labelkan barangan  anak kita seperti toys, botol susu atau apa sahaja yang kita mahu, hatta nak labelkan setiap pensel warna anak pun takpe.hehehe.

INI KATALOG TERBARU



MINIMUM ORDER UNTUK STICKER CARTOON ADALAH 50PCS





saiz: 3cm x 1.3cm
pilihan: barbie princess, upin dan ipin , boys, MINION,
harga: rm 8 utk 50pcs






saiz: 4.6cm x 1.8cm
pilihan:-
*FROZEN
*SOFIA THE FIRST
*upin dan ipin,
*ANGRY BIRD
*HELLO KITTY,
*Thomas & friend
harga: rm 10 utk 50 pcs





selain dari sticker kartun, kami banyak ada yang kosong punya..sesuai untuk perniagaan kecil kecilan dan apa sahaja,

paling hangat dan banyak permintaaan adalah size 2.2cm x 0.9cm. ini saiz paling kecik yang kami ada. hanya rm5 utk 100pcs..





saiz: 2.2 cm x 0.9cm
warna:-
* transparent,
*pink rainbow, 
*white, 
*laser chrome 
* 4 warna
*SILVER
*Gold
harga: rm5 untuk 100pcs








   
saiz: 3cm x 1cm
warna:-
* gold, 
*silver
* laser 
*PINK RAINBOW
harga: rm10 untuk 100pcs


Saiz: 3cm x 1.5cm
warna:-
* laser chrome , 
*tranparent, 
*GOLD 
*PINK RAINBOW
harga: rm 12 untuk 100pcs










saiz : 3cm x 2cm
warna: putih
harga: rm 13 untuk 100pcs







saiz : 4.7 cm x 1.5cm
warna:-
* silver, 
*SILVER
*putih
*transparent
*laser
harga: rm 15 untuk 100 pcs








saiz: bulat diameter 3cm
warna:-
*pink rainbow,
*TRANSPARENT
*gold
harga: rm 20 untuk 100pcs









saiz : 4.5 cm x 2.5cm
warna:-
* gold 
*SILVER
* TRANSPARENT
*LASER
*PUTIH
harga: rm18 untuk 100pcs








saiz: 5cm x 3 cm
warna:-
* pink rainbow
*WHITE
*GOLD
*TRANSPARENT
harga: rm 20 untuk 100 pcs







saiz : 7.5cm x 2.5cm
warna: silver
harga: rm22 untuk 100keping




 saiz: 9cm x 4 cm
warna:-
*pink rainbow
harga rm 28 untuk 100pcs








saiz: 9cm x 5 cm
 warna:-
*GOLD
*TRANSPARENT
harga: rm 33 untuk 100pcs









pos express: rm4

setiap tempahan melebihi 1000 pcs akan ada FREE POSTAGE dan Diskaun istimewa..

boleh request letak ikon ikon yang korang suka..saya cuba cari.

hubungi saya ye.saya suka diemel atau whatsapp je. 


0136323715




TEMPAHAN STICKER SENTIASA DIBUKA YA,

WHATSAPP SY YE
013 6323715

019 6000 262



CEPAT WASSAP YE



Wednesday, September 10, 2014

Alhamdulillah..selamat bersalin anak ke 2 28/08/14

as salam

kekangan masa untuk menaip dengan lebih panjang membuatkan entry makin menyusut saban bulan,tak seaktif tahun tahun yang lepas.komitmen makin banyak barangkali..atau apa sahaja alasan

alhamdulilllah saat menaip entry ni, saya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi perempuan. Selepas overdue 8 hari dari tarikh 19/8 akhirnya adik Atirah nak keluar jugak pada 28/08/2014.

Detail :-
Tempat bersalin: Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah
waktu bersalin: 9.11pg
Tarikh Bersalin: 28/08/204
Hari Bersalin: Khamis (sama hari mcm Atirah jugak)
Kaedah Kelahiran: Normal dengan 2 kali push. kali ni nurse cakap pandai push sebab takde koyakan.so takde jahit mana mana..gudjob mama!
Berat bayi: 3.04kg
Panjang Bayi: 51cm
kesihatan ibu dan anak: GOOD

next entry ingat nak abadikan detik kelahiran bayi kedua ni,so nanti da tua tua leh ingat balik macam mana kesah bersalin anak kedua.semoga rajin lah saya update nanti.

bersalin kali kedua ni, impian suami tercapai utk tengok isteri die bersalin..suami teman dari jam 7.30 pg until 9.30pg rasanya. sampai dia pun da pandai baca carta CTG dan contraction tu..hahaha...

presenting our new baby girl
 NUR ERYNA ELISA BINTI SYAHNON

~Elisa day 1~



kakak Atirah dengan adik Elisa..Elisa day 7
~Elisa sudah 10 hari ~

next entry kita akan share pengalaman bersalin kali ke dua....

Tuesday, August 26, 2014

kehamilan ke 2: 39w 3 days: Cinta Pantai Merdeka...

assalam

hingga ke saat ini masih lagi adik baby tak mahu keluar,,ikut tarikh hari ni sudah 41minggu da...
40week dan overdue nak masuk hari 7 dah..adik bersenang lenang dalam perut tanpa sedikit pun tanda mahu keluar..tapi hari ni da mula rasa sakit.kata nurse perut pun da turun banyak

kalau kata bab kepala da engage tu dari 39 week lagi nurse cakap macam tu...asal cek perut dan jantung baby sure cek bahagian kepala baby da masuk laluan belum...memang da masuk,cuma belum masa yang terbaik adik keluar,segala persiapan rasanya 100% done..takpe la..serabut pasal cuti sebenarnya.tapi papa pujuk..nak buat macam mana..belum masa adik keluar

hari hari atirah cakap ngn adik dia.."adik keluar la cepat, kakak nak main ni"

berkisarkan tajuk Cinta Pantai Merdeka tu, hari isnin  masa 39 weeks plus2 tu, tetiba hubby ajak pergi berjalan ke Pantai Merdeka..dia cakap belum pernah sampai..saya sendiri dah lama tak pergi Pantai Merdeka tu..so alang alang hubby ajak, saya angkut adik adik sekali dan anak buah..lagi ramai lagi best..
Mak ngn ayah tak nak pergi,dorg ada kerja..so kami je la pergi.. saya bawak HASMAH dan AFA,..
anak akak saya OON>AIMAN>SOFIYYA.. mak dorang, Kakjat tak dapat ikut sebab Kerja.

masalahnye masing masing ak ingat jalan ke Pantai Merdeka tu..ikut Waze je la...sekali Waze tunjuk jalan ke Tanjung Dawai.. sudah 1 jam 30 minit perjalanan kot!.alamak!!!! lepas tu tanya orang kt tepi jalan,dorang cakap nk ke Pantai Merdeka jauh lagi,,kena ikut sungai Petani. dah la time tu da jam 4 petang!!.huhu..last last kitorang decide pergi je Tanjung Dawai tu,,naik bot.tak tau harga naik bot dah berapa..pasrah dan tawakal je la..


Sampai Jeti Tanjung Dawai, terus tanya harga bot..sorang kena charge RM2 untuk perjalanan sehala.so better naik bot je dari nak pusing amek jalan lain untuk ke Pantai Merdeka tu..naik bot tak sampai 5 minit pun.kejap je..

seberang je laut tu, kami sampai terus je tukar baju dan anak anak mandi..air Pantai Merdeka tak cantik macam pantai di langkawi, PD or di pantai timur.tp just ok la..boleh sekadar anak anak nak mandi pantai kan..


lepas mandi kemain lapar lagi bebudak2 tu..berrebut makan laksa..rasa sedap sangat pulak laksa tu.hehe..
gambar sebelum ada jugak.tapi sensored,biasa la mandi pantai kan,hehe















4 OF US...PAPA, MAMA, ATIRAH DAN ADIK BABY DALAM PERUT





ATIRAH, SOFIYYA, AIMAN DAN OON





SAYA SUKA GAMBAR NI...HEHE.

PAPA DAN ATIRAH







naik bot nak balik dah..ini AFA, AIMAN, HASMAH DAN SOFIYYA
kami sudah mandi jam 6.30ptg..naik bot semula untuk ke Tanjung Dawai.sempat la adik singgah beli ikan bilis, keropok dan sedikit buah tangan..

sempoi betul our short journey hari tu..on the way balik anak anak ketiduran penat barangkali..susah jugak nak handle anak ramai2 ni..adoi..haha..tp keseronokkan sentiasa ada..


adik baby masih bersenang lenang dalam perut even mak die da puas berjalan dan amalkan segala tips da.hhaha...
takpe la, korang tolong doakan adik baby selamat dilahirkan ya....biarpun lama masa menunggu adik baby keluar..

will UPdate soon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;